.: Editor . Aktivis . Pemikir :.

Sesi Bersama Penulis di MPH Alamanda

Pada 20 Jun 2009 yang lepas, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan 2 Sesi Bersama Penulis di MPH Bookstore Alamanda, Putrajaya. Sesi Pertama ialah Buku “Apa Bakat Saya” oleh Tuan Saiful Izzuan Hussain (12 tengahari – 1 petang) dan sesi kedua ialah untuk Buku “Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah” (3 – 4 petang) bersama Tuan Imran Yusof.

Event tersebut merupakan tugasan luar pejabat yang pertama sejak mula bertugas di PTS Millennia. Peluang sebegini tidak saya sia-siakan untuk mengasah bakat pengucapan awam saya, walaupun sekadar menjadi Emcee.

Sesi Bersama Penulis “Apa Bakat Saya?”

Sesi pertama bersama Tuan Saiful Izzuan bermula tepat pukul 12 tengahari. Kami dibekalkan dengan set PA sistem mini, yang pada awalnya menimbulkan sedikit masalah iaitu kadangkala tidak berfungsi. Selepas mengalih kedudukannya ke atas meja, baru lah PA sistem berfungsi dengan lancar.

Sepanjang sesi pertama, saya bergilir-gilir dengan Tuan Saiful untuk menerangkan tentang kekuatan buku ini dan mengapa pengunjung harus memilikinya. Alhamdulillah, semakin lama semakin ramai ibu-bapa yang mendekati meja kami, mengambil buku tersebut dan membelek penuh minat. Tidak kurang juga yang bertubi-tubi menanyakan soalan kepada Tuan Saiful berkenaan isi kandungan buku tersebut.

Saya terus memainkan peranan sebagai Emcee iaitu mengajak pengunjung untuk berinteraksi dengan penulis, sambil penulis sudah mula menandatangani autograf pada buku-buku yang telah dibeli. Saya juga mengulangi bahawa setiap pembelian sepanjang sesi tersebut akan diberi potongan diskaun sebanyak 10 %.

Ada di kalangan pengunjung yang “impressed” apabila mengetahui bahawa penulis masih muda dan buku tersebut merupakan buah tangan beliau yang pertama. Malah, ada di antara mereka yang berminat apabila penulis memperkenalkan mereka kepada Sekolah Bakat, iaitu sebuah inisiatif beliau dan rakan-rakan lain, untuk memberikan tumpuan serius terhadap pembangunan bakat di kalangan kanak-kanak, remaja dan mahasiswa di Malaysia.

Sambil penulis bertukar-tukar kad bisnes dengan pengunjung, saya melihat buku yang asalnya banyak tersusun sudah mula berkurang. Nampaknya, kami telah berjaya menarik minat ibu bapa yang prihatin terhadap bakat terpendam anak-anak mereka. Hampir separuh sudah terjual dan pengunjung mula beratur untuk mendapatkan autograf daripada Tuan Saiful.

Kelemahan ketara kami pada sesi tersebut ialah tidak membawa kamera (muhasabah pada masa akan datang atau mungkin PTS perlu hadiahkan satu kamera digital untuk setiap staf, Hehe).

Sesi berakhir pada pukul 1.15 petang (terlajak sedikit). Saya mengajak Tuan Saiful menjamu makan tengahari di Food Court sebelum kami menunaikan solat Zohor bersama, seterusnya beliau berangkat meninggalkan Alamanda.

Sesi Bersama Penulis “Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah”


Sesi kedua juga berjalan dengan lancar. Tuan Imran Yusof telah datang bersama isteri dan anak-anak beliau. Tepat jam 3 petang, kami memulakan acara, dengan saya membuat pengumuman awal kepada pengunjung berkenaan sesi tersebut dan diskaun 10 % berkuatkuasa selama sejam.


Selepas 5 minit, saya terus menyerahkan microphone kepada Tuan Imran. Ternyata Tuan Imran telah bersiap sedia dengan teks sedutan dari buku tersebut, dan memulakan bicara beliau.

Sepanjang beliau berucap, saya menghulurkan buku kepada pengunjung yang melintasi hadapan meja kami. Saya juga mengunjukkan buku tersebut kepada pengunjung yang menjeling dari jauh, di celah-celah rak.


Sama ada kredibiliti penulis atau aura saya (perasan), saya tidak pasti. Pengunjung sudah mula mendekati dan mengambil buku untuk dibelek-belek bersama pasangan masing-masing. Seorang lelaki muda bertahi lalat di pipi kiri telah datang ke arah saya dengan wajah bersemangat.

Katanya, “Bagus buku ni! Tunggu kejap ya, saya nak pergi panggil kawan saya tengok buku ni.”

Beliau kemudiannya terus berlalu pergi mendapatkan kawannya. Saya hanya mampu tersengih melihat gelagatnya.

Semakin ramai pengunjung yang sudah membelek-belek buku tersebut. Ada yang bertanya kepada Tuan Imran, berapa lama masa diambil untuk menyiapkan buku itu. Beberapa kali, Tuan Imran berhenti bercakap untuk menandatangani autograf pada buku-buku yang telah dibeli.


Seperti sesi sebelumnya, separuh dari keseluruhan buku di atas meja telah terjual. Saya seperti biasa, mengambil peluang mengajak pengunjung supaya berinteraksi dengan penulis secara “live”, seterusnya mendapatkan buku itu dengan potongan diskaun 10 %.

Apa yang mengkagumkan saya, ialah apabila ada seorang wanita tua berbangsa Cina mendekati saya dan mengambil buku itu. Dia membelek-belek buku itu dan menunjukkan pada saya, halaman berkenaan “mengenali warna diri anda”, sambil berkata, “Buku ini manyak bagus, anak saya manyak suka ini buku. Nanti saya panggil dia ya.” Beliau kemudiannya berlalu pergi mendapatkan anaknya. Saya tidak pasti sama ada anak dia membeli atau tidak. Tetapi respon wanita itu cukup baik kerana perkataan “Rasulullah” pada kulit buku itu tidak menjadi penghalang beliau untuk menghargai isi kandungan buku itu.


Suatu petanda yang baik kepada PTS untuk meluaskan mesej-mesej Islam kepada golongan Non-Muslim melalui branding yang berkesan.

Alhamdulillah, mujur Tuan Imran telah menugaskan anak perempuannya sebagai jurukamera bertauliah. Sesi tersebut berakhir pada pukul 4 petang.


Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan 2 event tersebut. Kredit untuk kakitangan MPH Alamanda atas bantuan yang diberikan, juga kepada kedua-dua penulis yang memberikan kerjasama baik sepanjang event berlangsung.

Minggu Kedua di PTS

Assalamualaikum wbth semua,

Kini saya sudah melangkah masuk minggu ke-2 di PTS. Alhamdulillah, banyak pelajaran yang telah saya terima, dan menambahkan semangat saya untuk memberi sumbangan bermakna kepada nasib bangsa. PTS selaku syarikat yang menjunjung Bahasa Melayu sebagai wahana mengangkat martabat dan kualiti bangsa, sentiasa berusaha mencari manuskrip-manuskrip baru.

Pagi tadi, unit saya telah membentangkan pelan perancangan untuk suku ketiga. Perbincangan berlaku dengan baik dan fokus pada suku ketiga ialah menerbitkan buku-buku masakan dan ibadah, memandangkan ketibaan Bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Wassalam

Mari Menulis Bersama PTS Millennia!


Berkarya Dengan Kami?

Pihak PTS Millennia Sdn Bhd amat mengalu-alukan mana-mana individu pengarang atau bakal pengarang bagi berkarya dengan syarikat kami. Pihak kami berminat bertemu dengan Tuan Puan bagi berdiskusi mengenai karya Anda.

Pihak Tuan Puan boleh membuat temujanji dengan terus menghubungi para editor perolehan kami berdasarkan genre yang diuruskan oleh mereka. Perinciannya adalah seperti berikut :

1. En. Ahmad Shakir bin Salleh, Editor Perolehan

Email : shakir@pts.com.my
No. Telefon Bimbit : (+6) 017 267 7140

Produk/Genre :
Imtiyaz : Pembangunan Diri & Motivasi
Al-Haqq : Islam Kontemporari

2. Nor Ashikin Wahid, Editor Perolehan

Email : norfadilah@pts.com.my
No. Telefon Bimbit : (+6) 016 661 1764

Produk/Genre :
Humaira’ : Wanita, Keibubapaan & Perhubungan
Langkah Demi Langkah : Do It Yourself

3. Wan Zuhairi Wan Zainuddin, Editor Perolehan

Email : wanzu@pts.com.my
No. Telefon Bimbit : (+6) 016 661 1549

Produk/Genre :
Komik Malaysia : Komik Malaysia Bercitarasa Antarabangsa

Salam Perjuangan Memandaikan Bangsa!


Assalamualaikum wbth buat semua pengunjung.

Saya telah memulakan tugas sebagai Editor Perolehan PTS Millennia Sdn Bhd pada 15 Jun 2009 yang lalu. Semoga permulaan penglibatan saya dalam industri buku ini dapat memberikan manfaat yang banyak kepada diri saya dan perjuangan memandaikan bangsa.

Minggu pertama di sini, saya masih dalam proses menyesuaikan diri. Masuk hari ke-3, saya sudah diamanahkan 5 manuskrip untuk disemak dan dibuat penilaian. Tajuk-tajuk setiap manuskrip boleh tahan beratnya. Apapun, saya bersyukur kerana ramai staf otai di sini tak lokek memberi tunjuk ajar.

Saya optimis dengan lorong yang Allah hamparkan ini. Kepada Allah saya bertawakal.

Jumpa lagi semua!

Ahmad Shakir bin Salleh
Editor Perolehan
PTS MILLENNIA SDN BHD No. Syarikat 678177-A
9-1 & 11-1 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA

To : shakir@pts.com.my (E-mail Rasmi)
CC : sharkpmc@yahoo.com (E-mail Alternatif)


(+6) 03 4142 7416 (No. Telefon)
(+6) 03 4142 7415 (No. Faks)
(+6) 017 2677140 (No. Telefon Bimbit)

Laman-laman Rasmi PTS
http://www.blogpts.com (Blog PTS Millennia Sdn Bhd: Segar & Kreatif)
http://www.pts.com.my (Laman Korporat Kumpulan PTS)

Laman-laman Bersekutu
http://www.universitipts.com (laman Web Bersekutu)

Instant Messenger :
sharkpmc (Yahoo! Messenger ID)